GAPS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GAPS

Gabungan Anak Pelajar Sabah
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 concept of marriage???

Go down 
AuthorMessage
feeq
SabahanAddict
feeq


Female Number of posts : 30
Age : 34
Location : tawau
Job/hobbies : student
Humor : none perhaps
Registration date : 2008-08-10

concept of marriage??? Empty
PostSubject: concept of marriage???   concept of marriage??? Icon_minitimeWed Sep 09, 2009 11:33 am

“ Kahwin awal ni ada pro dan kontranya. Kalau dah matang, dah rasa berkelayakan, rasa boleh pegang tanggungjawab, maka kahwinlah. Itu yang terbaik”
“ Kahwin ni perkara besar. Bagus nak bina masjid, sunnah rasulullah SAW, tapi kita pun kena sediakan diri kita sebelum berkahwin. Jangan kahwin ikut suka je”
“ Bila kahwin, kita ada tanggungjawab nak tarbiyyah isteri, dan anak kita. Kalau kita dah bersedia, dan rasa boleh laksanakan tangungjawab itu, maka kahwinlah umur berapa pun”
“ Kita ni nanti bila kahwin, nak kena jaga suami, tarbiyyah anak-anak. Kita kena siapkan diri kita dahulu, untuk mendirikan rumah tangga yang ALLAH redha. Kalau dah istikharah, dan buat persediaan, insyaALLAH,dibenarkan”
Kahwin awal, pada saya tidak salah. Tetapi manusia perlulah mempersiapkan dirinya terlebih dahulu. Kahwin awal ini, hanya pelik pada zaman sekarang. Hal ini kerana, zaman sekarang hidup kita terpagar dengan sistem pendidikan. Kematangan kita diukur dengan umur dan taraf pengajian. Namun hakikat yang sebenar, bukan begitu. Cuba tengok datuk nenek kita, apakah mereka kahwin lewat? Selalunya mereka berkahwin sebelum umur 20-an. Adakah mereka silap?
Saidatina Aisyah, dia berkahwin dengan Rasulullah SAW ketika umurnya 9 tahun. Diriwayatkan juga, Abdullah ibn Abbas berkata kepada anak-anaknya,
“ Wahai anak-anakku, andai kamu merasakan dirimu sudah layak berkahwin, maka nyatakan kepadaku, nescaya akanku nikahkan kamu”
Ini menunjukkan, umur bukan pengukur bila patut berkahwin. Ukuran sebenar, layak atau tidak.. Bila masuk dalam masalah sebegini, ia akan bertukar menjadi satu perkara yang subjektif. Semua orang tak sama masa kelayakannya.
Bagi yang nak sangat kahwin awal, apakah niat kalian sebenarnya bila hendak berkahwin? Apa yang kalian mahu dari perkahwinan? Apakah yang kalian anggap terhadap perkahwinan?
Anda berkahwin atas dasar nafsu? Maka tak hairanlah ramai orang rumah tangganya tak kekal dan tak bahagia. Asas perkahwinan hanya nafsu. Bila habis madu nanti, maka sepah dibuang. Apakah itu yang sebab ISLAM anjurkan perkahwinan?
Kita perhatikan hadith berkenaan kahwin,
Rasulullah SAW bersabda,
“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Lihat ya. Arahannya, kita disuruh berkahwin kerana berkahwin ini lebih memelihara mata dan menjaga kemaluan kita dari melakukan maksiat. Saya ulang, lebih menjaga, lebih memelihara. Jadi berkahwin ini bukan sebab nak puaskan nafsu, tetapi hendak memelihara kita menjaga diri dari tertipu dengan nafsu shahwat ini. Sebab itulah, cuba lihat apa yang Rasulullah SAW kata kalau kita tak mampu berkahwin, baginda suruh kita berpuasa, bukan beronani. Nampak?
Kahwin bukan dijalankan atas dasar untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk memelihara diri sebenarnya. Kahwin adalah ibadah, dan sunnah Rasulullah SAW, mustahil didirikan atas dasar yang sia-sia. ISLAM meraikan fitrah manusia, berkehendak terhadap perempuan, maka berkahwin adalah caranya mendapatkan pasangan hidup, dan berhubungan dalam keadaan terjaga oleh syara’.
Kenapa ISLAM mensyariatkan kahwin? Ha.. yang nak berkahwin awal sangat ni, tahu ke?
Pertama, untuk memelihara diri dari maksiat dan nafsu syahwat.
Kedua, untuk melahirkan zuriat dan meneruskan kesinambungan keturunan.
Nah... Tetapi orang biasanya lihat yang pertama sahaja. Bagaimana pula dengan yang kedua?
Inilah yang orang terlepas pandang.
Nak kahwin, bukan sekadar perlu ada duit, tetapi kena ada ilmu, bukan hanya ilmu seks, tetapi ilmu nak membina keluarga yang madani, bahagia, perlu ada persediaan untuk menerima anak, perlu latih diri untuk sabar dengan kerenah anak, perlu ada kesabaran dan ketenangan untuk membuat keputusan, perlu pandai melayan isteri dan mendidiknya kepada ISLAM, perlu pandai dan tahu membesarkan anak agar dia membesar dalam keadaan kenal kepada ALLAH SWT.
Barulah keluarga itu menjadi keluarga yang bahagia, anak-anak yang faham akan ISLAM juga akan bertambah, dan masyarakat muslim akan terbentuk. Tetapi berapa ramai orang yang faham akan hal ini? Yang selalu orang nampak, kahwin sebab dah tak tahan, kahwin, sebab dah suka. Macam mana survival ummah nak bertahan lama? Anda suka ke berkahwin cerai berkahwin cerai?
Kalau anda kahwin sebab nafsu sahaja, bila anda dah bosan, anda akan cari yang lain. Kalau kahwin sebab harta sahaja, nanti bila ALLAH uji dengan kesusahan, anda cari yang lain. Kalau anda kahwin sebab cantik, nanti bila tua berkedut, anda akan tinggal. Kalau anda berkahwin sebab suka, nanti kalau anda suka orang lain, anda dah jadi tak berminat pula dengan yang di sisi.
Sebab itulah, pada saya, kahwin awal bukan masalah. Andai anda berjaya meraih matang, maka berkahwinlah. Matang dalam erti kata, faham kenapa hendak berkahwin, dan bersedia hendak membina keluarga.
Nasihat saya, jika memang berhajat berkahwin awal, maka persiapkanlah diri.
Contohnya saya, saya berhajat hendak berkahwin membina keluarga pada tahun 2012, sebaik sahaja saya habis belajar nanti. Maka dari pertama kali saya mula berhajat untuk berkahwin ini, saya sudah perhatikan diri saya, bagaimana ibadah saya? Bagaimana kefahaman ISLAM saya? Bagaimana disiplin saya? Bagaimana saya menjaga kebersihan? Bagaimana pelajaran saya? Kemudian saya cari orang-orang tua untuk mendapatkan pengalaman mereka dalam menguruskan keluarga, bagaimana belanja bulanan, bagaimana mendidik anak, kemudian saya cari pula beberapa buku berkenaan tarbiyyah keluarga ini, baik tarbiyyah isteri mahupun tarbiyyah anak-anak untuk menambah pengetahuan. Sehingga kini, saya masih terus melengkapkan diri. Bila saya berkahwin, target saya, saya sudah menjadi seorang yang betul-betul tenang, sabar, dan pandai menguruskan keluarga saya seterusnya membina keluarga yang diredhai ALLAH. InsyaALLAH.. doakan.
Maka, siapkanlah diri anda menjadi suami yang soleh. Siapkanlah diri anda untuk menjadi bapa yang baik. Agar keluarga yang anda bina adalah keluarga yang bersih, bahagia, dan berseri-seri dengan keimanan kepada ALLAH SWT. Inilah dia baitul muslim yang sebenar.
Kepada perempuan pula, siapkanlah diri anda menjadi isteri yang solehah, siapkanlah diri anda untuk menjadi ibu yang baik. Agar keluarga anda terjaga, suami anda bahagia, anak-anak anda membesar dengan tarbiyyah syurga, barulah keluarga anda berseri-seri dengan keredhaan ALLAH SWT. Inilah dia baitul muslim yang sebenar.
Jangan semberono sahaja. Kalau sekadar nak akad nikah, buat kenduri, semua orang boleh buat. Tetapi berapa ramai manusia yang boleh membina keluarga bahagia?
Fikir-fikirkan.
Kalau hendak mendapatkan solat yang berkualiti itu dikatakan bermula dari kita mengambil wudhu’, maka hendakkan perkahwinan yang berkualiti memerlukan persediaan dari sekarang.
Banyakkan baca buku, memahami psikologi jantina berlawanan kamu, buku berkenaan pendidikan anak-anak, dan mengambil pengalaman dari orang-orang tua. Bukan pengalaman seks, tetapi pengalaman membina keluarga. Barulah perkahwinan anda itu akan menjadi satu perkahwinan yang bermakna.
pokok pangkalnya, kahwin awal itu bukan salah, atau masalah. Tetapi andalah yang menentukannya salah, atau masalah.
Fikir-fikirkan...
Back to top Go down
 
concept of marriage???
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GAPS :: Biro-Biro GAPS :: Dakwah dan Tarbiah-
Jump to: