GAPS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GAPS

Gabungan Anak Pelajar Sabah
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Akta Universiti Kolej Universiti 1971

Go down 
AuthorMessage
Are Gee de Natalie
SabahanManiac
Are Gee de Natalie


Male Number of posts : 85
Age : 34
Registration date : 2008-08-02

Akta Universiti Kolej Universiti 1971 Empty
PostSubject: Akta Universiti Kolej Universiti 1971   Akta Universiti Kolej Universiti 1971 Icon_minitimeSun Aug 10, 2008 12:42 am

Akta Universiti dan Ruang Demokrasi


Akta Universiti dan Kolej Universiti diluluskan oleh parlimen pada tahun 1971. Ini berikutan dengan sikap dan aktiviti para pelajar dan persatuan pelajar terutama PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) yang secara berani dan tegas telah mengambilbahagian di dalam arus perdana politik Malaysia. Pada pilihanraya 1969, PMUM telah mengeluarkan Manifesto Pelajar yang telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Manifesto ini tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi menyuarakan pandangan pelajar, mahasiswa dan generasi muda untuk apa yang wajib dilakukan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Di bandar-bandar besar seperti Melaka, Seremban dan Pulau Pinang, PMUM dan pemimpin pelajar telah mengadakan rapat-rapat umum yang telah menyaingi dan melebihi keupayaan United Malay National Organisation dan Perikatan untuk mengumpul pendengar. Di Pulau Pinang rapat umum PMUM masih menjadi sejarah kerana hingga ke hari ini tidak ada lagi rapat yang dapat menjemput puluhan ribu rakyat datang mendengar seperti rapat PMUM 1969. Orang ramai melihat pelajar/mahasiswa sebagai satu kumpulan yang tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dasar dan garis polisi persatuan dilahirkan daripada keikhlasan mereka dalam usaha untuk menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh rakyat di dalam memilih perwakilan.

Keberanian pelajar di zaman ini telah menggoncang kekuatan dan pengaruh United Malay National Organisation/Perikatan. Huru-hara telah dimulakan pada 12 Mei untuk membolehkan Perikatan terus berkuasa. Bila Parlimen dipulihkan pada 1971, Akta Universiti telah dikanunkan. Dari mula pengenalan Akta ini sehingga ke tahun 1974 tidak ada satu persatuan pelajar yang mengambil endah tentang akta ini. Persatuan terus bergerak seperti biasa. Semua aktiviti berjalan terus.Persatuan pelajar/mahasiswa adalah satu-satu persatuan didalam negara yang pemilihan pucuk pimpinan dilakukan secara demokratik danbebas daripada segala bentuk rasuah. Demokrasi berjalan lancar di kampus-kampus sehingga tahun 1974.
Kegawatan ekonomi pada tahun 1974 telah memaksa puluhan ribu petani miskin di Kedah untuk bangun menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar pro-barat, pro-kapitalis, yang dijalankan oleh United Malay National Organisation. Rakyat miskin penoreh getahdan kaum tani miskin telah bangun dan mahsiswa telah tidak dibenarkan memasuki Kedah terutama untuk turut sama berdemonstrasi di Baling. Tetapi pada 3hb December 1974, seluruh ahli-ahli aripada pelbagai persatuan mahasiswa di bawah badan induk seperti PKPM, PKPIM dan MBM telah mengadakan demonstrasi secara aman di Padang Selangor (nama lama- harus dipanggil Padang demokrasi) untuk menyatakan sokongan terhadap Demonstrasi Baling. Jawapan daripada kerajaan sama seperti yang terjadi hari ini. Ramai yang ditahan di bawah ISA dan Akta Universiti 71 diperketatkan lagi dengan pelbagai pindaan. Dan Akta yang wujud hari ni adalah membuktikan sejarah kegemilangan gerakan pelajar/mahasiswa untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Para pelajar/mahasiswa hari ini wajib berfikir dan meneliti sejarah. Pada tahap ini perjuangan pelajar/mahasiswa seharusnya untuk mengembalikan dan merampas kembali ruang keadilan.
Back to top Go down
 
Akta Universiti Kolej Universiti 1971
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GAPS :: Interaksi Umum :: Isu-Isu Terkini-
Jump to: